Fandom

Animanga Wiki

InuYasha

7laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

InuYasha (犬夜叉), (judul penuh dalam bahasa Jepun Sengoku Otogi Zōshi InuYasha, 戦国お伽草子ー犬夜叉), ataupun dalam bahasa Malaysia, InuYasha, Kisah Dongeng Feudal merupakan judul manga ataupun anime Jepun berbentuk shōnen, pengembaraan romantis dan komedi yang merupakan karya Rumiko Takahashi. Kisahnya mengenai pengembaraan seorang gadis yang sedang belajar di sekolah tinggi era moden, Kagome Higurashi, seorang gadis yang boleh merentasi zaman silam melalui perigi misteri di rumahnya. Kagome ialah kelahiran semula, bagi Kikyo dan oleh sebab itu Kagome mempunyai kuasa istimewa. Kagome telah ditakdirkan bertemu dengan Inuyasha di zaman silam dan menggembara bersama-sama untuk mengumpulkan serpihan Shikon No Tama (Permata Shikon).

Terdapat 167 episod anime ini telah dihasilkan oleh Sunrise Inc. yang mulanya disiarkan di Nippon TV di Jepun sejak 16 Oktober 2000 hingga 13 September 2004. Biarpun episod terakhirnya mencecah 167 episod, namun siri anime ini tergantung dan tiada penyelesaiannya. Maka siri baru, iaitu Inuyasha Kanketsuhen (犬夜叉完結編, InuYasha Akta Akhir) sebanyak 26 episod telah dihasilkan untuk mencari penamat kepada jalan keseluruhan cerita. Terdapat manga, filem serta permainan turut dihasilkan. Siri anime ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran Ntv7, hanya selama setahun dan juga di TV9 selama beberapa bulan.

Siri ini dinamakan berasaskan watak utamanya, InuYasha. Nama "InuYasha" bermaksud "syaitan anjing". Inu (犬) dalam bahasa Jepun bermaksud "anjing". Yasha (夜叉) pula merupakan istilah berkaitan agama Buddha yang merujuk kepada pahlawan syaitan.

PlotSunting

WatakSunting

Pautan luarSunting

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak